Header Ads

Dr Ilyani berhak suarakan pandangan: Syed Saddiq


KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan pihaknya tidak bersetuju sekiranya pegawai perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi dikenakan tindakan tatatertib berikutan tindakannya menyuarakan pandangan mengenai isu LGBT.

"Kalau ada tindakan disiplin diambil ke atas pegawai perubatan itu, saya sendiri akan bersuara dan menentangnya kerana beliau berhak beri pandangan peribadi.

Loading...

"Sekiranya tindakan diambil, maksudnya kita sudah sekat suara dan pandangannya," katanya.

Dr Nur Ilyani menerusi laman facebook miliknya pada 6 Ogos lepas mengemukakan surat terbuka kepada aktivis masyarakat Datin Paduka Marina Mahathir berhubung isu itu.


Semalam, Ketua Muslimat Pas Kelantan Siti Zailah Mohd Yusoff menerusi kenyataan medianya menggesa Kementerian Kesihatan agar tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Dr Nur Ilyani berikutan isu itu didakwa telah diadukan pihak tertentu kepada Biro Pengaduan Awam (BPA).

No comments

Loading...