Header Ads

Ditanya tentang kasino, Bung Moktar mencarut


Terkenal dengan ucapan kontroversi di Parlimen, Datuk Bung Moktar Radin hari ini mencarut pula apabila diprovokasi.

Wakil itu menyebut “f*** you” kepada Willie Mongin (PKR-Punca Borneo) ketika berbahas usul memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), lapor Malay Mail hari ini.


Loading...

Ungkapan berbahasa Inggeris itu terhambur apabila diusik Willie dengan isu kasino, yang dikaitkan dengan Bung Moktar di media sosial.

Bung Moktar, ahli parlimen Kinabatangan, semasa menjadi penyokong kerajaan dulu sering mencetuskan kontroversi, termasuk berunsur seks.

Semalam, RSN Rayer (DAP-Jelutong) mengulangi “kepala bapak” sebelum dibalas Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) carutan “p*** m*k”.

Pernah menutur kata-kata itu minggu lalu, Rayer diberikan amaran. Abdul Rahman pula menarik balik carutan selepas didesak oleh speaker.

No comments

Loading...