Header Ads

DAP takut dengan kebangkitan Melayu?


SHAH ALAM - DAP dikatakan bimbang selepas wujud kebangkitan Melayu apabila sebuah lagi parti Melayu baharu ditubuhkan iaitu Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).

Presiden Penaja Putra yang juga Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, dakwaan seorang pemimpin DAP, Dr Boo Cheng Hau seperti dilaporkan oleh sebuah portal mendakwa, parti baharu berkenaan bersifat rasis adalah keterlaluan.

Loading...

Menurutnya, penubuhan parti berkenaan bukanlah bersifat rasis, namun melihat kebangkitan Melayu baharu di arena yang lebih kompetitif di negara ini.

“Dia (DAP) wajar hentikan tuduhan Putra ini parti rasis… kami di era pembaharuan.  Parti ini akan diterajui oleh Melayu baharu dan kini dalam usaha memperkasakan lagi orang Melayu secara keseluruhannya.

“Malah, kita (Putra) juga melihat tiada keperluan untuk berlawan atau memandang rendah kepada kaum Cina dan India atau bangsa lain, bahkan melihat kepentingan untuk bekerjasama dengan bangsa lain untuk lebih cemerlang dalam perniagaan, teknologi, pendidikan, budaya dan nilai sistem,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, hari ini.

Ibrahim berkata, bagi pihaknya politik Melayu berlawan dengan parti Cina mahupun India sudah pun berakhir.

Menurutnya, dia amat berharap agar DAP sedar dengan realiti baharu dalam arena politik hari ini.

“Kami (Putra) bukanlah parti yang diterajui oleh Melayu ‘lama’ seperti Umno. Dakwaan dia (Dr Boo Cheng Hau) ini disebabkan ketakutan dengan kebangkitan Melayu.

“Tanpa sokongan Melayu, DAP tak dapat menawan negara ini. Kita (Putra) akan teruskan dengan perjuangan untuk agama dan bangsa.


Memetik laporan sebuah portal berita, Cheng Hau menyelar tindakan Ibrahim yang merupakan vateren politik yang tidak belajar dari kegagalan sebuah parti yang ditubuhkan berasaskan bangsa seperti di Afrika Selatan.

Malah, Cheng Hau turut menyarankan Ibrahim untuk membuat lawatan deligasi yang bukan hanya disertai oleh ahli Putra, bahkan pemimpin Bersatu, Umno, MIC, MCA dan Pas ke negara berkenaan dan melawat parti Nasional di sana.

No comments

Loading...