Header Ads

Dana Iksim RM7.4 juta hilang?


KUALA LUMPUR - Sebanyak RM7.4 juta peruntukan yang disalurkan kepada Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim) hilang tanpa rekod, kata menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusuf Rawa.

Penemuan itu diperoleh dari audit dalaman yang dijalankan terhadap institusi tersebut.

Loading...


“Sebanyak RM7.4 juta tidak dapat dikesan. Maknanya kami tak dapat dokumen bukti ke mana wang itu dibelanjakan. Kita nak tahu di mana mereka belanjakan wang itu, bagaimana mereka belanjakan, bukti perbelanjaan tidak ada, ini perbelanjaan besar. Bukan kecil bagi satu institut yang menamakan diri mereka institut kajian Islam,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Menurutnya, perkara ini harus didedahkan kerana mereka yang bertanggungjawab mengendalikan Iksim ini telah salah guna kuasa dan pentadbiran kewangan yang tempang.

“Saya dah ambil keputusan untuk membekukan dan melihat proses pemulihan yang perlu kita lakukan.

“"Yang boleh kami kira adalah RM0.2 juta sahaja yang ada resit dan bukti transaksi. Selain daripada itu tak tahu di mana ia dibelanjakan," katanya.

Menurut laporan Sinar Harian lagi, Mujahid berkata pihaknya akan melihat untuk melakukan proses pemulihan institut tersebut.

"Kita buat keputusan, semua gaji pekerja yang tertunggak akan diselesaikan seberapa segera. Tak timbul isu kami abaikan pekerja. 

"Saya harap penjelasan ini dapat meredakan semua pihak yang kononnya kami di Jabatan Perdana Menteri  menzalimi pekerja Iksim," katanya.

No comments


Loading...