Header Ads

Cara Malaysia uruskan Equanimity turunkan nilainya, kata pemilik

Foto: The Star

PETALING JAYA: Syarikat yang didaftarkan sebagai pemilik Equanimity memberi amaran tindakan Malaysia berkaitan kapal mewah itu menyebabkan nilainya turun, ketika mahkamah membenarkan 1MDB menjual kapal itu dalam usaha mendapatkan balik wang yang didakwa berkaitan dengan syarikat bermasalah itu.

Equanimity (Cayman) Ltd berkata kapal itu, yang dianggarkan penyiasat Amerika Syarikat bernilai RM1 bilion, sekarang ini beroperasi menggunakan kuasa generator, yang menurut syarikat itu merosakkan kapal itu.

“Malaysia melabuhkan kapal itu dalam persekitaran berbahaya di mana toksin seperti pencemaran air dan asap berdekatan merosakkannya,” kata syarikat yang didaftarkan di Kepulauan Cayman itu dalam kenyataan hari ini.


Loading...

“Oleh kerana Malaysia nampaknya tidak ada, atau tidak mahu membelanjakan, wang untuk menjaga kapal itu dengan baik sementara ia disiapkan untuk penjualan memaksimumkan nilai, Malaysia sebaliknya mencadangkan jualan murah, di mana kapal itu akan dijual pada harga lebih rendah daripada nilai sebenar.”

Menurut Free Malaysia Today lagi, Equanimity dikaitkan dengan ahli perniagaan Low Taek Jho, yang mengelak daripada pihak berkuasa Malaysia dan negara-negara lain, dan dituduh menggunakan dana 1MDB untuk memperoleh kapal itu.

Low masih melawan dan berulang kali mengecam rampasan kapal itu sebagai “menyalahi undang-undang” dan berikrar tidak menyerah diri kepada pihak berkuasa Malaysia kerana katanya dia tidak akan dapat perbicaraan yang adil.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengumumkan perintah ex-parte susulan permohonan kepada 1MDB Global Investments LTd, 1MDB Energy Holdings LTD, 1MDB dan kerajaan Malaysia.

Peguam 1MDB berkata jualan harus dimuktamadkan segera kerana kos tinggi menjaga kapal itu, yang dilabuhkan di Pelabuhan Klang sejak awal bulan ini.

Mereka juga bimbang sebarang penangguhan akan menyebabkan nilai kapal itu menyusut, dan merancang untuk menyelesaikan jualan itu pada hujung tahun ini melalui tender awam.

Equanimity (Cayman) Ltd bagaimanapun berkata langkah itu “mencabul proses duluan dan komiti perundangan antarabangsa”.

“Tindakan salah ini akan menyebabkan kerumitan ke atas pemilikan Equanimity yang akan mengambil masa bertahun untuk diselesaikan di beberapa mahkamah di serat dunia,” katanya.

Syarikat itu berkata pihaknya tidak tahu tentang prosiding mahkamah hari ini kerana ia tidak menerima sebarang notis berkaitan permohonan oleh 1MDB.

“Walaupun kami pemilik kapal itu, Equanimity (Cayman) Ltd belum menerima sebarang notis sah berkenaan sebarang pemfailan berkenaan Sale Pendente Lite, atau sebarang notis berkenaan pendengaran mahkamah dala perkara ini,” katanya.

Syarikat itu menegaskan pendirian oleh Low mengatakan rampasan kapal itu di Malaysia menyalahi perintah mahkamah di AS yang melantik kerajaan AS sebagai penjaganya.

“Tindakan unilateral oleh Malaysia ketika ada permohonan mahkamah di AS menghina kedaulatan undang-undang antarabangsa,” katanya.

No comments

Loading...