Header Ads

Bung Moktar sibuk, tak pernah lupa tanggungjawab - Zizie Ezette


PELAKON Zizie Ezette memberitahu suaminya iaitu Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Sri Bung Moktar Radin tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai suami biarpun sibuk sebagai wakil rakyat.

Zizie, 39, memberitahu, Bung mengupah pengasuh untuk membantu dia menjaga anak-anak mereka.

Loading...

"Walaupun DSBM (Datuk Sri Bung Moktar) selalu sibuk tapi tak pernah lupa akan tanggungjawab dan telah memudahkan tanggungjawab saya dengan mengupah pengasuh bayi. Saya tidak hebat tanpa mereka," ujar Zizie.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan secara rawak di Instagram berkaitan cara menjaga anak-anaknya dengan suami yang selalu sibuk.

Zizie berkahwin dengan Bung Moktar, 58, pada 2009.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata kembar lelaki yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette yang lahir pada 30 November 2017.

Dia turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, 1.


Antara soalan yang ditanya netizen menerusi ruang pertanyaan di IG.

Selain itu, Zizie juga ditanya bagaimana dia melayan anak angkat secara adil bersama anak-anak kandungnya.

Zizie berkata, dia dan keluarganya tidak pernah ada istilah anak angkat kerana kesemua mereka adalah tanggungjawab dan amanah Allah.

"Nak jawab soalan ini pun saya tidak selesa. Selalunya orang luar yang selalu mention itu anak angkat.

"Dalam keluarga kami tiada istilah anak angkat. Mereka semua adalah tanggungjawab dan amanah Allah. Semua disayangi sama rata," ujarnya.


Zizie merupakan perkahwinan kedua Bung Moktar.

No comments

Loading...