Header Ads

Biar Dr Mahathir stabilkan ekonomi dahulu


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad wajar diberikan masa untuk menstabilkan ekonomi dan untuk terus terajui negara sebelum menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden baharu PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain pula berkata, Dr Mahathir wajar diberi lebih masa sehingga cukup satu penggal, bagi membolehkan beliau menyelesaikan beberapa isu besar yang masih belum nampak keberkesanannya.

Loading...

Namun, katanya, jika isu-isu itu sudah selesai dalam masa dua atau tiga tahun ini, maka moleklah jika Dr Mahathir menyerahkan pentadbiran negara kepada Anwar.

“Itu pun juga bergantung kepada kesediaan Anwar untuk pikul tanggungjawab berat itu.

“Jika belum bersedia, Anwar perlulah  bertanding Parlimen supaya jika sekiranya apa-apa terjadi kepada Dr Mahathir dalam tempoh lima tahun ini, maka mahu tidak mahu, Anwar mesti ‘standby’ untuk ambil alih jawatan perdana menteri,” ujarnya.

Prof Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, bagaimanapun sekiranya Dr Mahathir berhasrat menyerahkan posisinya kepada Anwar harus ada konsensus dalam PH bukannya atas tekanan daripada mana-mana pihak.

“Saya rasa kalau Dr Mahathir nak serahkan kepada Anwar pun sebab ada konsensus dalam PH dan bukan atas tekanan mana-mana pihak.


“Kalau sebab tekanan maka ia satu keadaan tidak baik untuk PH ketika PRU15 nanti.

“Dr Mahathir perlu sekurang-kurangnya setahun dalam pentadbiran untuk stabilkan ekonomi negara, baru serahkan kepada Anwar,” katanya kepada Sinar Harian.

No comments

Loading...