Header Ads

'Beri peluang, kita duduk dalam perut mak pun 9 bulan'


SHAH ALAM - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos yakin PH dapat menunaikan janji manifesto dalam tempoh 100 hari.

Beliau sebelum itu menyatakan sokongan supaya kerajaan PH di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad diberi peluang utnuk menunaikan manifesto.

Loading...

Ketika diminta mengulas pencapaian kerajaan dalam tempoh 100 hari, beliau berkata,  PH wajar diberi peluang.

“Beri la peluang kepada kerajaan PH… 100 hari mana cukup.Kita duk (duduk) dalam perut mak kita pun lebih sembilan bulan.

“Saya sokong kerajaan PH di bawah Tun M diberi peluang dan masa untuk menunaikan jangi manifestonya,” katanya menerusi mesej dalam aplikasi WhatsApp.


Beliau dalam pada itu berharap supaya Tun Mahahir dipanjangkan umur.

“Saya yakin jika 100 bulan kita akan melihat hasilnya.. harap-harap Tun M dipanjangkan umur,” katanya lagi.

No comments

Loading...