Header Ads

Bekas pengarah perisikan ditahan SPRM


PETALING JAYA: FMT difahamkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Datuk Hasanah Ab Hamid, bekas ketua perisikan yang menulis surat kontroversi kepada CIA sebelum pilihan raya umum meminta sokongan AS kepada kerajaan Barisan Nasional.

FMT difahamkan Hasanah, bekas ketua pengarah Bahagian Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri atau MEIO, unit perisikan sewaktu pentadbiran lepas, akan dibawa ke mahkamah majistret di Putrajaya esok.


Loading...

Pada Mei, Hasanah menulis surat kepada Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) meminta sokongan Washington kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Razak di kemuncak kempen PRU.

Surat itu antara lain berkata Najib lebih baik untuk hubungan AS-Malaysia berbanding Dr Mahathir, yang disifatkan sebagai anti-Semitik dan anti-Barat.

Najib menjauhkan dirinya daripada surat itu.

Sejak itu Hasanah berkata surat itu dianggap rahsia kerajaan dan menggesa polis menyiasat kebocoran itu.

Beberapa pemimpin Pakatan Harapan bagaimanapun menuduh Hasanah khianat.

Awal bulan ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkta polis menyoal beberapa pegawai MEIO, termasuk yang ditempatkan di Washington, dalam siasatan ke atas kebocoran itu.

- Free Malaysia Today

No comments

Loading...