Header Ads

Bekas naib presiden MIC ditahan SPRM


Bekas naib presiden MIC ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram kira-kira RM6 juta.

Suspek, 64 tahun, bergelar Tan Sri ditahan 2.45 petang tadi di pejabat SPRM Johor Baru, lapor Malaysiakini.


Loading...
Pengarah syarikat itu pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan rasuah tahun lalu.

“Kali ini dia dipercayai terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram iaitu menerima, memindah dan menggunakan wang haram hasil rasuah menerusi akaun peribadi dan syarikat miliknya, saudara serta proksi,” kata sumber.

No comments

Loading...