Header Ads

Bekas KP perisikan cabar SPRM


Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid menuntut perisytiharan mahkamah bahawa seksyen 28A (8) dan (9) Kanun Prosedur Jenayah yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menghalangnya bertemu peguam adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Peguamnya, Datuk Shaharudin Ali berkata, permohonan itu dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.


Loading...

"Kami berpandangan bahawa siasatan SPRM terhadap anak guam kami tanpa ketiadaan peguam adalah melanggar undang-undang," katanya.

Menurutnya, di saat halangan terhadap Hasanah, SPRM telah mengeluarkan kenyataan yang  memberi kesan terhadap anak guamnya.

"Sedangkan kami tidak dibenarkan untuk membantu Hasanah malahan bagi mendapatkan arahan lanjut," katanya kepada Sinar Harian.

Mahkamah dijangka mendengar hujahan lisan permohonan itu Isnin ini.

Semalam, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan SPRM untuk menghalang Hasanah daripada bertemu peguamnya sepanjang tempoh tahanan reman.

No comments

Loading...