Header Ads

Bekas ADUN disyaki seleweng dana khas Menteri Besar direman lima hari


ALOR SETAR - Seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini yang bergelar Datuk direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes penyelewengan dana khas Menteri Besar berjumlah RM30,000 pada Februari tahun lalu.

Bekas ADUN daripada Barisan Nasional (BN) yang berusia 60-an itu tiba di Kompleks Mahkamah Alor Setar di sini dengan menaiki kenderaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 10.05 pagi tadi, lapor Kosmo Online.


Loading...

Perintahan tahanan reman tersebut dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Nor Azah Idris.

Bekas ADUN itu juga merupakan salah seorang Ketua UMNO bahagian di negeri ini diwakili peguam, Hasnul Anis Abdullah Hashim dan Che Zuriati Che Mohamad.

Semalam, Pengarah SPRM negeri, Datuk Mohd. Fauzi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan penahanan bekas ADUN berkenaan.

Sumber memaklumkan, suspek ditahan di pejabat SPRM di sini ketika hadir untuk memberi keterangan kira-kira pukul 4 petang semalam.

Difahamkan, bekas ADUN tersebut dikatakan telah memohon peruntukan daripada dana khas Menteri Besar pada Februari tahun lalu atas alasan menganjurkan sebuah program.

Bagaimanapun, katanya, peruntukan tersebut tidak digunakan untuk program berkenaan apabila telah diluluskan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

No comments

Loading...