Header Ads

Bebas tuduhan sebabkan kematian menantu Zahid


DOKTOR Perbidanan dan Sakit Puan (O&G), Dr Ting Teck Chin, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menyebabkan di kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi yang juga menantu bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Seri Ahmad Zahid Hamidi, ketika mendapatkan rawatan gigi, tiga tahun lalu.

Hakim Zaman Mohd Noor membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Dr Ting, 38, di akhir kes pendakwaan.

Loading...

Menurutnya terdapat percanggahan keterangan antara pakar bius dan pakar autopsi berhubung kematian Syed Alman.

“Pakar bius mengatakan kematian disebabkan wujud serangan jantung (cardiac arrest) berikutan penggunaan lebihan bius (over sedation).

“Pakar autopsi pula berpendapat kematian Syed Alman adalah disebabkan alahan dengan ubat bius. Beliau juga berkata ini adalah jarang berlaku dan mungkin satu dalam sejuta. Bagaimanapun kemungkinan tetap ada,” katanya.

Dr Teck Chin yang diwakili peguam K Devkumar didakwa menyebabkan kematian Syed Alman Zain di Pusat Pakar Pergigian Imperial, Lot 62 & 64, Jalan Telawi, Bangsar Baru, Brickfields, antara 6 petang dan 9.05 malam, 1 Jun 2016.


Dia didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

No comments

Loading...