Header Ads

Bayi 21 bulan positif dadah, polis tahan bapa


SEORANG bapa ditahan di Hong Kong pada Rabu selepas pemeriksaan menemui kesan dadah dalam sampel air kencing anaknya yang berusia 21 bulan.

Bayi lelaki itu didapati positif dalam ujian dadah di pusat kesihatan kanak-kanak pada akhir bulan lalu.

Loading...

Kes itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Kwong Wah di Yau Ma Tei untuk pemeriksaan lanjut.

Keputusan ujian menunjukkan dadah jenis syabu dikesan dalam air kencing kanak-kanak itu.

Polis dan detektif turut dipanggil ke hospital sejurus keputusan ujian kedua dikeluarkan.

Kanak-kanak itu kini berada di bawah jagaan pihak hospital.

Selepas siasatan, polis menahan lelaki berusia 25 tahun itu kerana disyaki menyeksa anaknya.

Pihak polis juga sedang giat melakukan siasatan dan mencari ibu kanak-kanak tersebut.

Menurut satu sumber, lelaki itu bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan manakala isterinya merupakan suri rumah.

Di Hong Kong, perbuatan mengabaikan kanak-kanak bawah 16 tahun yang mungkin boleh membawa kepada kecederaan diklasifikasikan sebagai satu jenayah dan boleh dihukum maksimum 10 tahun penjara.


Menurut statistik rasmi, Jabatan Kebajikan Masyarakat mengendalikan 236 kes penderaan kanak-kanak pada tiga bulan pertama tahun ini di negara itu.

Pada 2017 pula, terdapat 947 laporan kes penderaan kanak-kanak, peningkatan 6 peratus daripada 892 kes pada tahun 2016. -South China Morning Post

No comments

Loading...