Header Ads

Bayaran balik cukai pendapatan: Tanya pada Irwan dan LHDN, kata Johari


Bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani bekata persoalan mengenai bayaran balik cukai pendapatan perlu ditujukan kepada bekas ketua setiausaha perbendaharaan negara, Tan Sri Irwan Siregar dan ketua pegawai eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Loading...

Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mendedahkan bahawa kerajaan BN sebelum ini gagal mengembalikan cukai pendapatan dan cukai keuntungan harta tanah yang terlebih bayar sebanyak RM16.046 bilion sejak enam tahun dahulu.
Kata Lim, wang terhutang oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) itu melibatkan sebanyak 1.65 juta kes syarikat, individu, persatuan dan yayasan.
“Saya tidak boleh komen tanpa ada fakta dan maklumat terperinci.
"Namun perkara itu boleh dirujuk kepada Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan juga Pengerusi LHDN," maklum Johari dipetik laporan Berita Harian.
Irwan ditamatkan perkhidmatannya selepas pembentukan kerajaan Pakatan Harapan. Ketua Pegawai Eksekutif LHDN sekarang ialah Datuk Seri Sabin Samitah.

Johari turut menggesa kerajaan hari ini untuk membuat laporan polis jika terdapat sebarang dakwaan unsur pecah amanah yang melibatkan pentadbiran BN terdahulu.
"Saya cadangkan buat laporan polis supaya boleh disiasat jika benar ada berlakunya pecah amanah seperti yang didakwa,” katanya lagi.

- Malaysiakini

No comments

Loading...