Header Ads

Bapa 10 kali cabul bakal menantu, alasannya nak 'test' dara ke tidak!


SEORANG lelaki berusia 47 tahun ditangkap kerana melakukan serangan seksual terhadap bakal isteri anaknya yang berusia 16 tahun.

Polis daerah Wonomulyo, Sulawesi Barat, menahan lelaki tersebut yang dikenal pasti sebagai MA, selepas dia dilaporkan mencabul tunang anaknya, yang dikenal pasti sebagai JW.

Loading...

Menurut laporan media, MA adalah bapa saudara JW, oleh itu pasangan yang bakal berkahwin itu mempunyai hubungan sepupu.

Selepas penangkapannya, MA mengaku kepada polis bahawa dia telah melakukan sesuatu yang tidak senonoh selama beberapa kali untuk menguji sama ada bakal isteri anaknya masih dara atau sebaliknya.

Dia berpendapat ujian itu wajar kerana gadis itu diketahui mempunyai ramai kawan lelaki.

"Selama ini kan dia ramai kawan rapat. Hanya mahu 'test', pak," kata MA kepada polis memetik Kompas.

Walau bagaimanapun, mangsa mendakwa telah dicabul sebanyak 10 kali.

JW, yang merancang berkahwin dengan anak lelaki MA selepas cuti Aidiladha memberitahu polis bahawa dia takut perkahwinan itu akan dibatalkan jika tidak membenarkan MA mencabulinya.

Ketua Polis Wonomulyo Jufri Hamid berkata MA telah didakwa melanggar Akta Perlindungan Anak tetapi penyiasat akan terus menyoal siasat pelaku dan saksi lain, termasuk anggota keluarga mereka.


"Dia sudah mengakui seluruh perbuatannya. Mangsa masih berstatus bawah umur kerana usianya (16 tahun)," jelas Jufri.

Akibat pencabulan itu, rancangan pernikahan mangsa dan kekasihnya batal.

Kes ini mengakibatkan konflik keluarga kedua-dua belah pihak.

No comments

Loading...