Header Ads

ATM: Anggota iring Hishammuddin telah ditamatkan tugas


KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Tiga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berkhidmat sebagai pengiring Datuk Seri Hishammuddin Hussein sudah diberhentikan.

“Pihak ATM ingin memaklumkan bahawa kesemua anggota pasukan khas telah ditamatkan penugasan mereka sebagai pengiring rapat kepada mantan menteri pertahanan sejurus selepas pilihan raya umum ke-14 tempohari,” kata bahagian hal ehwal awam pasukan itu dalam kenyataan.


Loading...

Portal Malaysiakini semalam melaporkan dua anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) dan seorang komando masih menjadi pengiring bekas naib presiden Umno selepas Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya umum lalu.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu kemudian mengarahkan siasatan segera dibuat berhubungan dakwaan anggota terbabit menerima dua gaji.

ATM dalam kenyataan sama memaklumkan siasatan sedang dijalankan terhadap pegawainya yang masih berkerja dengan Hishamuddin.

“ATM juga akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan semua anggota yang masih berkhidmat tidak melaksanakan apa juga tugasan dengan pihak yang tidak mempunyai hak dan kaitan berdasarkan peratusan semasa,” katanya.

“[...] tindakan yang tegas akan diambil ke atas mana-mana anggota sekiranya mereka didapati melanggar perintah dan peratusan semasa.”

- Projek MM

No comments

Loading...