Header Ads

Anwar presiden baru PKR, Azmin dicabar Rafizi

Foto: FMT

Datuk Seri Azmin Ali hari ini secara rasmi bakal berdepan cabaran Rafizi Ramli bagi jawatan timbalan presiden PKR selepas tempoh pencalonan ditutup sebentar tadi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim pula disahkan menjadi presiden PKR apabila tiada sesiapa mencalonkan diri bagi jawatan tertinggi tersebut, lapor Malaysiakini.


Loading...

Borang pencalonan Azmin untuk mempertahankan jawatannya itu diserahkan anggota Dewan Undangan Negeri Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham. Pencalonan Azmin disokong Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Untuk rekod Muhammad Hilman ialah calon timbalan ketua Pemuda PKR.

"Kira-kira jam 4.45 petang ini saya menyerahkan borang pencalonan bagi pihak Datuk Seri Azmin untuk beliau mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti kali ini," kata Amirudin kepada media.

No comments