Header Ads

Anwar akan tanding kerusi Parlimen


KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru diangkat semalam akan bertanding merebut kerusi ahli Parlimen.

Pengesahan ini dibuat isterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Loading...

"Anwar akan bertanding kerusi Parlimen.

"Bagaimanapun, Parlimen mana-mana itu terpulang," katanya ringkas ketika ditemui di lobi Parlimen,hari ini.

Walau bagaimanapun tegasnya,  semua jawatan yang digalasnya tidak akan dilepaskan bagi memberi laluan kepada suaminya.

"Memang tidak. Insya-ALLAH (akan kekalkan jawatan semua jawatan termasuk sebagai Ahli Parlimen Pandan," ujarnya.

"Pelantikan Anwar (Presiden PKR) Alhamdulillah," ujarnya.


Semalam, Anwar menang tanpa bertanding bagi kerusi presiden PKR selepas tempoh pencalonan ditutup jam 5 petang.

Anwar menang bagi jawatan presiden kerana tiada individu lain yang mencabar beliau.

No comments