Header Ads

Anak Osama bin Laden berkahwin dengan anak dalang serangan 9/11

Hamza bin Laden dilaporkan berkahwin dengan anak kepada dalang serangan 9/11.FOTO: PA

ANAK Osama bin Laden dilaporkan telah berkahwin dengan anak perempuan kepada Mohammed Atta yang merupakan dalang serangan 9/11.

Perkahwinan Hamza bin Laden didedahkan oleh abang tirinya menerusi satu temubual dengan The Guardian baru-baru ini.

Menerusi temubual itu, dia turut mendedahkan Hamza kini memegang jawatan kanan dalam al-Qaeda dan sedang merancang untuk menebus kematian bapanya.

Loading...

Hamza merupakan anak kepada Khairiah Sabar, salah seorang daripada tiga isteri Osama yang masih hidup.

Khairiah menetap di Kompleks Abbotabad bersama Osama sewaktu pemimpin al-Qaeda itu dibunuh oleh tentera laut Seals Amerika Syarikat (AS) pada 2011.

Pihak risikan kini memberi fokus dalam mengenal pasti kedudukan Hamza kerana dia dilihat berpotensi menjadi pemimpin al-Qaeda yang seterusnya.

Penyatuan anak dua figura itu juga menunjukkan bagaimana legasi serangan 9/11 masih lagi utuh biarpun ia sudah 17 tahun berlalu.


Osama bin Laden

Sebelum kematian Osama, anaknya, Saad dibunuh menerusi serangan dron di Afghanistan sebelum anak ketiganya, Khalid, dibunuh tentera AS di Abbottabad.

Satu surat yang ditemui di tapak persembunyian mereka dipercayai ditulis oleh Osama menyatakan Hamza akan menggantikannya dalam organisasi itu.

Anak dan isteri Osama yang masih hidup kini tinggal di Arab Saudi dan masih berhubung dengan ibu Osama, Alia Ghanem.

Ghanem yang kini dalam lingkungan usia 70-an menggambarkan anaknya itu sebagai seroang yang bagus, alim dan pemalu.


Dia juga tidak dapat membayangkan jika benar anaknya menjadi pengganas dan telah mengorbankan banyak nyawa.

"Orang-orang di universiti yang mengubah Osama. Dia berubah jadi orang lain.

"Masa kecil dia sangat baik sehinggalah dia bertemu seseroang yang telah meracuni fikirannya sewaktu berusia 20-an," ujar Ghanem.

Bagaimanapun, ahli keluarga yang lain menyifatkan Ghanem masih lagi berada dalam fasa penafian mengenai perjuangan anaknya itu. - TheGuardian

No comments

Loading...