Header Ads

Amerika sahkan Jho Low beli Equanimity guna duit 1MDB


Amerika Syarikat mengesahkan Equanimity dibeli dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana menteri sebelumnya melihat sendiri kapal mewah bernilai RM1 bilion, milik ahli perniagaan Jho Low, yang dibawa pulang ke Malaysia minggu ini, lapor Malay Mail.


Loading...

“Mereka telah pastikan kapal ini dibeli dengan duit yang dicuri daripada 1MDB dan ia milik Jho Low,” katanya kepada media di sini.

“Mereka ada dokumen mengenai hal ini dan memberitathu [Malaysia] jika kita mahu menyimpannya, kita berhak kerana ia dibeli dengan duit kita yang dicuri.”

Dr Mahathir juga berkata rampasan kapal itu tidak melanggar sebarang penyiasatan yang sedang dilakukan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Tambahnya, Malaysia berbincang perkara itu dengan Jabatan Kehakiman (DOJ) negara itu dan ia bersetuju agar mengambil tindakan lain.

No comments

Loading...