Header Ads

Amaran Speaker untuk ahli dewan, Bung


KUALA LUMPUR - Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff memberi amaran kepada semua ahli Dewan Rakyat agar menjaga bahasa ketika persidangan termasuk Datuk Bung Mokhtar Raden (BN-Kinabatangan).

Tegasnya, sekiranya Bung mengulangi kesalahan sama seperti Selasa lalu, beliau akan menggunakan kuasa ke atas wakil rakyat pembangkang itu.

Loading...

"Sekiranya tindakan sama diulang Kinabatangan akan dikeluarkan daripada dewan ini dengan serta merta untuk satu tempoh yang diperuntukkan bawah Peraturan Mesyuarat 44," katanya.

Selasa lalu, persidangan Dewan Rakyat dicemari perkataan lucah dikeluarkan Bung ketika pembentangan Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018.

Bung berang apabila Willie Mongin (PH-Puncak Borneo) menyebut perkataan kasino ketika beliau bertanya soal harga barang.

Dalam pada itu, Mohamad Ariff berkata ahli dewan yang lain juga ada menyebut perkataan kurang sopan sepanjang persidangan berlangsung.

"Saya mendapati perkataan kurang sopan lain juga pernah diungkapkan oleh ahli yang berhormat lain. Perbuatan ini adalah sesuatu yang tidak menghormati dan mencemar dewan yang mulia ini. Ini jelas satu pelanggaran di bawah Peraturan Mesyuarat 36.4.

"Walaupun telah memohon maaf dan menarik baik perkataan tersebut namun didapati perbuatan itu seolah-olah melepaskan batok di tangga dan tetap mengulanginya," katanya.

Tegasnya, beliau memandang serius perkara itu kerana ia melibatkan nama baik Dewan Rakyat.

"Saya ingin mengingatkan ahli-ahli yang berhormat sekalian untuk sentiasa mematuhi peraturan mesyuarat ketika berbahas, berucap, mencelah atau semasa meminta penjelasan dan memelihara 'decorum' (tertib) majlis mesyuarat.


"Saya ingin tegaskan penggunaan perkataan yang lucah dan tidak sopan tidak dibenarkan disebut dalam majlis mesyuarat. Tindakan sekeras-kerasnya akan diambil tuan Yang Dipertua di bawah Peraturan Mesyuarat 44(2).

"Jika perkataan ini disebut, maka saya tidak akan teragak-agak ambil tindakan terhadap mana-mana ahli yang gagal patuhi peraturan mesyuarat termasuk arah keluar dari dewan atau lain-lain hukuman yang termaktub dalam Peraturan Mesyuarat 44," katanya.

No comments

Loading...