Header Ads

Ahmad Maslan berkobar-kobar pertahan GST sebelum mansuh


Datuk Seri Ahmad Maslan mengakui beliau menjadi bahan cercaan kerana berkobar-kobar mempertahankan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ketika ia dimulakan pada 2015.

Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 (SST) bersama beberapa RUU bermaksud akan menggantikan GST.

"Segalanya salah GST, segalanya salah Ahmad Maslan pada ketika itu.

"Ada orang panggil saya, (MP) Bagan Datuk gelar saya Mat GST. Tak apa lah. Apa saya ingin jelaskan di sini harga barang ini bukan hanya disebabkan oleh GST..." Kata Ahmad Maslan.

Loading...


Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) yang juga Presiden Umni tidak berada di dalam Dewan Rakyat pada ketika itu.

Ahmad yang juga timbalan menteri kewangan sewaktu GST dilaksanakan berkata beliau mahu menyatakan duduk perkara yang sebenarnya mengenai pembelaan beliau terhadap GST, terutamanya mengenai komen beliau cukai itu akan mengurangkan harga barangan.

"Saya ingin membela diri saya, kerana disebut bahawa - saya sendiri menyebut bahawa GST boleh menurunkan harga barang. Saya tidak sebut GST menurunkan semua harga barang.

"Saya sebut GST boleh menurunkan harga barang. Itulah patah-patah perkataan yang saya sebut," jelas beliau.

Ahmad Maslan menambah kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan pada tahun lalu mengesahkan kepada Dewan Rakyat harga 203 barang turun.

Selanjutnya, Ahmad mendakwa pelaksanaan GST membantu perniagaan menjalankan jualan, seterusnya mengurangkan harga barangan.
"Satu lagi berlakunya jualan murah di pelbagai tempat. Ini dipanggil sebagai kesan psikologi terhadap GST.



"Apabila rakyat berpandangan bahawa GST boleh menaikkan harga barang, mereka berhenti membeli barang. Apabila mereka berhenti membeli barang, demand (permintaan) turun, apabila demand turun, untuk hidup dalam peniagaan runcit terutamanya, mereka mengeluarkan jualan jualan murah.

"Jualan murah 10 peratus. apa maksud jualan murah 10 peratus? (Maknanya) harga diturunkan 10 peratus. Ada jualan murah sehingga 80 peratus. Apa maksudnya, harga barang turun 80 peratus?

"Itu maksud jualan murah. Dan masa GST banyak berlaku jualan murah ini," katanya.

Ahmad turut mendakwa harga kereta juga turun susulan pelaksanaan GST.

Ahmad bersungguh-sungguh mempertahankan GST, berkata sistem percukaian itu patut diperbaiki dan bukan dimansuhkan.

Beliau mencadangkan kadar GST diturunkan kepada tiga peratus daripada kadar asal sebanyak enam peratus.

GST telah diberikan kadar sifar peratus sejak Jun dengan matlamat memansuhkannya. Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dijangka menggantikan GST berkuat kuasa pada September jika dipersetujui Parlimen. - Malaysiakini

No comments

Loading...