Header Ads

Achey melawat kubur Yus Jambu benar-benar menyentuh hati


PELAWAK Achey mengambil kesempatan menziarah kubur rakan seperjuangannya Allahyarham Yus Jambu ketika berada di Perlis.

Achey yang memuat naik foto dan kapsyen untuk Allahyarham menyentuh hati netizen dan rakan-rakan artis yang turut meluahkan rasa rindu yang sama terhadap arwah.

Loading...

"Sementara itu aku singgah... tetapi jika dihalusi persinggahan adalah tempat ku dan yang kekal adalah kamu.

"Lawatan ku mungkin tidak sehebat doa-doa mereka yang amat merindui dan menyayangi mu.

"Dan kami percaya jika dikumpulkan semua itu ianya pasti menjadi kiriman yang terbaik buat mu," tulisnya pada Rabu.



Foto tersebut mendapat lebih 100,000 tanda suka dan 1,200 komen pengikutnya.

Rata-rata pengikut menyatakan rasa sebak dan menulis punch line yang sering digunakan pelawak berkenaan.

"Jangan hisap gam, apa pun tak boleh, nak tuju lagu antara ayat dia yang masih segar dalam ingatan," ujar netizen.


Netizen luah rasa rindu terhadap lawak-lawak Allahyarham Yus Jambu.

Dalam pada itu, Achey yang dihubungi memberitahu dia menziarahi pusara Allahyarham kerana berada di negeri itu atas urusan kerja.

"Saya ada urusan di Perlis jadi saya ambil kesempatan untuk menziarahi sekali kubur Arwah.

"Memang setiap kali ke Perlis saya akan singgah untuk melepaskan kerinduan," ujarnya.


Yussry Edoo atau lebih dikenali sebagai Yus Jambu atau Pak Yus meninggal dunia pada 30 November 2015 akibat serangan jantung.

Anak seni kelahiran Kangar, Perlis itu memulakan kerjaya seni dengan menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 sebelum mula menempah nama dalam bidang komedi tanah air apabila diumumkan juara program Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007.

No comments

Loading...