Header Ads

Aafiyah hadiah istimewa Siti Nurhaliza & suami rai ulang tahun ke-12


TANGGAL 21 Ogos 2018 genap 12 tahun permata hati negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin bergelar isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Siapa yang boleh lupa kemeriahan majlis resepsi perkahwinan bertemakan 'fairytale'  yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang mencipta sejarah tersendiri.

Loading...

Turut disiarkan secara langsung di televisyen, majlis Wedding of the Year itu mendapat tontonan sebanyak enam juta ketika ia disiarkan.



Pada tahun ini, sambutan ulangtahun itu bertambah lebih manis apabila penyanyi tersohor negara itu dapat meraikannya dengan puteri sulung mereka, Siti Aafiyah Khalid yang dilahirkan pada 19 Mac lalu.

Siti ketika dihubungi mStar memberitahu kehadiran Aafiyah sudah cukup untuk membuatkan ulang tahunnya bersama suami diraikan dengan penuh bermakna dan ceria.

"Alhamdulillah sambutan perkahwinan pada tahun ini lebih ceria dan bermakna dengan kehadiran anakanda, Siti Aafiyah.

"Siti Aafiyah adalah hadiah paling istimewa yang dikurniakan Allah buat kami berdua... Kehadirannya sudah cukup menggembirakan, Alhamdulillah," katanya.


Kehadiran Siti Aafiyah menceriakan hidup Siti dan suami.

Dalam pada itu, Siti berkata, beliau dan suami turut berasa teruja kerana bakal menyambut Hari Raya Aidiladha buat pertama kali dengan anak perempuan mereka esok.

Malah kata Siti, kedatangan Aidiladha juga membuatkannya mengimbau kenangan perayaan itu tahun lalu yang mana ketika itu dia sedang mengandungkan Aafiyah.

"Sewaktu Aidiladha tahun lalu suami saya mengerjakan Haji dan saya tidak dapat ikut serta kerana sedang dalam awal kehamilan.


Siti dan suami Datuk K.

"Alhamdulillah tahun ini pertama kali dapat sambut Aidiladha dengan Aafiyah dan 'mood' ulang tahun perkahwinan kami pun rayalah!," katanya lagi.

Sementara itu, menerusi Instagram, Siti turut berkongsi beberapa keping foto bersama suami dan anak mereka bersempena ulang tahun ke-12 perkahwinan mereka.


Menerusi ruang komen, pasangan itu mendapat pelbagai ucapan tahniah selain doa daripada peminat-peminatnya.

"Terima kasih atas semua ingatan dan doa peminat kepada kami sekeluarga pada hari istimewa ini. Semoga Allah sahaja membalas atas semua kebaikkan dan diberikan keberkatan dan kegembiraan," ujarnya.

No comments

Loading...