Header Ads

6 diplomat lantikan politik dibawa pulang


Seramai lapan orang duta negara ini dilantik secara politik untuk berkhidmat di negara luar oleh kerajaan BN, kata Datuk Saifuddin Abdullah.

Katanya Tan Sri Zulhasnan Rafique meletakkan jawatannya sebagai duta ke AS pada 23 April manakala Datuk Seri Hassan Malek menamatkan perkhidmatannya sebagai duta ke Kemboja pada 31 Mac.

Untuk rekod Zulhasnan pernah mengetuai Kementerian Wilayah Persekutuan, manakala dan Hassan bekas menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan, lapor Malaysiakini hari ini.

Loading...


Menurut Saifuddin, susulan arahan kerajaan pula enam lagi ketua perwakilan Malaysia - yang diangkat secara lantikan politik - ditamatkan perkhidmatan masing-masing pada 30 Jun lalu.

"Mereka ialah Datuk Seri Zahrain Hashim, Tan Sri Benard Dompok, Datuk Ghulam Jelani Khanizam, Datuk Blanche Olbery, Datuk Adeline Leong dan Datuk Siow Chen Pin," katanya melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Saifuddin berkata demikian sebagai menjawab soalan Pang Hok Liong (HARAPAN-Labis) yang bertanya mengenai peletakan jawatan duta-dua Malaysia.

Dalam soalannya Pang meminta Kementerian Luar menamakan duta yang meletak jawatan serta negara tempat mereka berkhidmat.

Untuk rekod Zahrain dilantik sebagai duta ke Indonesi dan Dompok pula sebagai duta ke Vatican City, manakala Ghulam Jelani menjadi pesuruhjaya tinggi Malaysia ke Brunei.

Blance pula ialah isteri kepada Tan Sri M Kayveas dan menjadi duta Malaysia ke Finland. Adeline pula bekas yang dipertua Majlis Perbandaran Sandakan yang dilantik menjadi presiden Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei.

Siow bekas exco Negeri Sembilan diberikan jawatan Konsul Jeneral Malaysia di Kunming, China.

No comments