Kapten kapal tersebut, Oystein Senneseth berkata, perasaan tersebut adalah amat berbeza berbanding mula bertugas tiga minggu lalu di atas kapal berkenaan.

Loading...

"Krew kapal kini berasa amat tenang sebaik berjaya sampai (berlabuh) ke sini (Terminal Boustead Cruise Centre).
"Pada awalnya, timbul kebimbangan dalam kalangan krew kapal apabila melihat situasi sebilangan anggota polis bersenjata yang merupakan perkara baharu kepada mereka," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan lobi Terminal Boustead Cruise Centre di sini hari ini.
Menurut portal Kosmo Online lagi, beliau turut menjelaskan bahawa krew kapal itu terdiri daripada pelbagai warganegara.
Oystein yang merupakan warganegara Norway menegaskan pihak berkuasa kerajaan negeri ini memberikan kebebasan kepada mereka untuk bergerak tanpa sebarang sekatan.
"Kami tidak berada di atas kapal (Equanimity) sahaja, sebaliknya bebas bergerak ke mana sahaja. Itu satu perkara yang baik," katanya.

Kapal Equanimity yang melakukan pelayaran kira-kira 20 jam selamat berlabuh di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang kira-kira pukul 1 petang semalam.
Kapal bernilai RM1 billion itu berlepas dari perairan Batam, Indonesia pukul 4.45 petang Isnin lalu dengan diiringi sebuah Kapal Diraja (KD) Jebat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama tiga kapal pasukan Polis Marin iaitu PT2, PA45 dan PA9.