Header Ads

15 pengawal keselamatan JPM dibebaskan SPRM


Seramai 15 pengawal keselamatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nadhirah Abdul Rahim membenarkan kesemua 15 pengawal keselamatan Gred KP11 itu dibebaskan masing-masing dengan jaminan SPRM dan seorang penjamin.

Loading...


Terdahulu, kesemua 15 pengawal keselamatan berusia antara 31 hingga 51 tahun tersebut tiba di perkarangan mahkamah dengan menaiki sebuah bas pada pukul 9.03 pagi dan dilihat memakai baju biasa serta tangan bergari, lapor Kosmo Online.

Difahamkan, dua lagi pengawal keselamatan yang ditahan sebelum ini berhubung kes sama telah dibebaskan Jumaat lalu termasuk seorang pegawai keselamatan Gred KP52 berusia 51 tahun.

Sebelum ini, mahkamah mengeluarkan perintah tahanan reman selama lima hari ke atas kesemua 17 anggota keselamatan terbabit pada 8 Ogos lalu bagi membantu siasatan salah guna kuasa dan penyelewengan dana PRU-14 berjumlah RM3.5 juta.



Kesemua mereka ditahan antara pukul 2.45 hingga 3.15 petang, 7 Ogos lalu selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

SPRM turut merampas wang tunai RM840,700 dan sembilan buah motosikal bernilai RM90,000 daripada semua suspek.

No comments

Loading...