Header Ads

Zahid Sahkan Ke SPRM Esok


KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sahkan beliau dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan.

Namun, beliau tidak memaklumkan waktu beliau akan ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan tersebut, lapor Astro Awani.


Loading...

"Saya dipanggil untuk memberi keterangan berhubung yayasan milik keluarga saya.

"Yayasan tersebut terlibat dalam amal jariah seperti pembinaan masjid dan sebagainya.

"Duit yang ada dalam yayasan tersebut adalah dari sumbangan saya sendiri dan rakan-rakan yang ingin beramal," jelas beliau dalam sidang media bersama pimpinan baharu UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

No comments

Loading...