Header Ads

Zahid jumpa Ku Li demi masa depan Umno


SHAH ALAM - Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengunjungi lawannya dalam Pemilihan Umno lalu, Tengku Razaleigh Hamzah, bagi membincangkan masa depan parti itu.

Ahmad Zahid melalui ciapan di Twitternya hari ini berkata, pertemuan itu juga merupakan semangat setia kawan bagi keda-dua pemimpin Umno berkenaan.

Loading...

“Alhamdulillah, saya baru saja menziarahi Tengku Razaleigh Hamzah. Bertanya khabar dan membincangkan hala tuju Umno demi ke arah yg lebih baik. Kami bersifat semangat setia kawan,” tulisnya.

Dalam Pemilihan Umno bagi penggal 2018-2012, Ahmad Zahid dipilih sebagai presiden parti menewaskan dua pencabar utama, Tengku Razaleigh atau Ku Li dan bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Ahmad Zahid, yang sebelum ini naib presiden yang menjalankan tugas-tugas presiden, menang dengan 93 undi, jauh meninggalkan Khairy (51) undi dan Tengku Razaleigh (23 undi).


Ketua Umno Bahagian Rembau dan Pengerusi Umno Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan selepas dipilih sebagai Timbalan Presiden Umno.

No comments