Header Ads

Yang di-Pertua Dewan Rakyat diumum hari ini?

Rais (atas kiri) disebut-sebut bakal menyandang jawatan Speaker Dewan Rakyat. Ambiga dikatakan namanya naik tapi dinafikan oleh Ambiga sendiri.

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka mengumumkan nama Yang di-Pertua Dewan Rakyat selewat-lewatnya hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang bermesyuarat malam kelmarin sudah memilih satu nama bagi jawatan itu.

Loading...

“Perdana Menteri akan keluarkan nama calon Speaker yang terpilih. Mungkin hari ini atau esok, Perdana Menteri akan menamakannya,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyampaian sumbangan kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di Putrajaya, semalam.

PH sebelum ini dilaporkan sudah menyenarai pendek nama calon bagi jawatan berkenaan.

Sebelum ini, beberapa nama disebut-sebut bagi mengisi jawatan berkenaan termasuk bekas menteri, Tan Sri Dr Rais Yatim, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga serta bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh yang dikatakan calon pilihan partinya, DAP.

Bagaimanapun, Hannah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam baki senarai penuh anggota Kabinet diumumkan Dr Mahathir yang mengangkat sumpah jawatan pada 2 Julai lalu.


Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama, Majlis Parlimen Ke-14 dijadual berlangsung selama 20 hari bermula Isnin ini dengan urusan pertama mesyuarat pada hari berkenaan adalah pelantikan Speaker Dewan Rakyat, diikuti majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat dan pelantikan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Istiadat pembukaan persidangan itu dijangka disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 17 Julai, jam 10 pagi.

No comments

Loading...