Header Ads

Yakin Menang Tipis, Lokman Harapkan 80 Peratus Undi PAS


KLANG, 25 Julai — Datuk Lokman Noor Adam yakin menang jika berjaya menarik 80 peratus undi PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis.

Calon Barisan Nasional (BN) itu berkata jangkaan tersebut berdasarkan persamaan kedua-dua parti tentang Islam dan Melayu, lapor Kosmo!.


Loading...

“Berdasarkan bancian, kita dijangka memperoleh 80 peratus undi PAS dan peratusan itu akan meningkat sekiranya pemimpin PAS turun berkempen,” kata ahli Majlis Tertinggi Umno.

Selain undi ahli BN, beliau hanya perlu menarik “17 peratus pengundi yang sebelum ini mensabotaj, menyokong PH atau tidak keluar mengundi”

“Sekiranya berjaya, kita akan menang tipis sekurang-kurangnya 135 undi.”

PRK 4 Ogos ini diadakan susulan kematian penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei, 50, pada 2 Julai lalu akibat kanser limfoma.

No comments