Header Ads

UMNO Sungai Petani Bergolak: Naib Ketua, Tiga Ketua Sayap Lepas Jawatan

Empat pemimpin Umno Bahagian Sungai Petani itu bersama 2/3 ahli jawatankuasa sayap melepaskan jawatan disandang, menjadikan jumlah yang meletak jawatan melebihi 40 orang. (Gambar Facebook)

SUNGAI PETANI - UMNO Bahagian Sungai Petani bergolak apabila Naib Ketua UMNO Bahagian serta ketua tiga sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri masing-masing melepaskan jawatan dimenangi menerusi pemilihan bagi penggal 2018-2021 yang berlangsung semalam berkuat kuasa serta-merta.

Pengumuman itu dibuat Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Muhamad Effendi Mashum pada satu sidang akhbar tergempar yang diadakan di sebuah hotel di sini petang tadi.

Loading...


Muhamad Effendi berkata, keputusan itu dibuat sebulat suara setelah perbincangan dilakukan antara semua yang terlibat, namun kesemuanya akan terus setia serta mahu memperjuangkan UMNO sebagai ahli biasa.

"Keputusan ini dibuat atas alasan ketidakwajaran kepimpinan bahagian yang baharu diberi mandat. Ia dibuat secara ikhlas, telus dan teliti tanpa dipengaruhi atau desakan mana-mana pihak.

"Berdasarkan keputusan diperoleh, selepas perbincangan serius dan penilaian terbaik dilakukan, saya selaku Naib Ketua UMNO Bahagian bersama-sama Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri serta anggota jawatankuasa melepaskan jawatan disandang serta merta," katanya. - Bernama

No comments

Loading...