Header Ads

Turki Enggan Sertai Tindakan Sekatan As Ke Atas Iran


ANKARA -- Pihak berkuasa Turki memaklumkan satu delegasi Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) bahawa Ankara tidak akan melaksanakan sekatan baharu yang dikenakan oleh Washington ke atas Iran, lapor agensi berita China Xinhua.

"Satu delegasi AS telah berkunjung ke Ankara. Kami telah memberitahu mereka bahawa kami tidak akan menyertai sekatan itu," kata Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu, seperti yang dipetik sebagai berkata oleh akhbar tempatan Daily Cumhuriyet.


Loading...
"Kami membeli minyak dari Iran dan kami membelinya menerusi cara yang betul. Apa lagi pilihan lain?" kata pegawai Turki kepada delegasi yang diketuai Marshall Billingslea, penolong setiausaha Perbendaharaan AS bahagian Pembiayaan untuk Pengganas, minggu lepas.

Menteri itu juga berkata Ankara tidak hanya memberitahu para pegawai AS bahawa Turki tidak akan menyertai sekatan terhadap Iran malah turut memberi amaran kepada Washington bahawa tindakan mereka merupakan satu kesalahan.

Presiden Donald Trump telah mengumumkan pada Mei bahawa AS menarik diri daripada Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) atau perjanjian nuklear Iran, dan semua sekatan ke atas Iran akan dikenakan semula.

-- BERNAMA

No comments