Header Ads

Tun M: 'Pas, Umno Macam Adik Beradik'


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir tindakan Pas yang tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Kandis.

Menurutnya, tidak mustahil Pas memberi laluan mudah kepada BN kerana hubungan mereka seakan adik-beradik.


Loading...

“Memang dia adik-beradik,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri, hari ini, lapor Sinar Harian.

Jumaat lalu, Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir mengesahkan Pas tidak akan meletakkan calon untuk bertanding pada PRK Dun Sungai Kandis, 4 Ogos ini.

Beliau berkata, ketetapan itu dibuat sejurus Umno membuat keputusan untuk meletakkan calon pada PRK itu.

PRK Sungai Kandis menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara PH, BN dan Bebas.



Pengesahan diumumkan Pegawai Pengurus PRK Dun N49 Sungai Kandis, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad di Dewan Besar Tanjung Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 19, sebentar tadi.

No comments


Loading...