Header Ads

Tun M Pandu Kereta Sendiri, Pengawal Peribadi Duduk Belakang


LANGKAWI: Pemandangan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memandu kereta rona perang Volkswagen Tiguan untuk membawa isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meronda pulau itu semakin biasa dilihat penduduk tempatan.

Pasangan itu tiba di Jalan Mahawangsa, bandar Kuah pada Ahad untuk memeriksa pusat perkhidmatan baharu Ahli Parlimen Langkawi itu bersama pengawal peribadi beliau yang duduk di tempat duduk penumpang.


Loading...

Mereka meluangkan masa kira-kira 30 minit untuk melawati unit setinggi empat tingkat itu sebelum bergerak ke lapangan terbang yang sekali lagi dipandu oleh perdana menteri berusia 93 tahun itu.

Pusat perkhidmatan baharu itu dijangka akan dibuka pada hujung bulan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Juhari Bulat turut hadir pada lawatan tersebut.

Pada awal bulan lalu, Dr Mahathir turut memandu kereta bersama isterinya dan pengawal peribadi mereka untuk menghadiri mesyuarat di resort Ombak Villa.

Beliau menolak untuk keretanya dipandu oleh orang lain dan lebih gemar memandu sendiri kenderaan tersebut untuk pulang ke chalet.

- mStar Online

No comments

Loading...