Header Ads

Transformasi pendidikan: Pastikan rakyat dapat manfaat

Dr Maszlee (tengah) berkata demikian ketika pelancaran program Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. - Foto Mohd Izari Rosli

PUTRAJAYA - Kerajaan memberi jaminan memastikan rakyat daripada semua lapisan masyarakat mendapat manfaat daripada agenda transformasi pendidikan negara.

Justeru, semua pihak disaran berganding bahu bersama-sama mencapai visi sama untuk melahirkan setiap anak memiliki enam kemahiran yang dihasratkan dalam Aspirasi Murid, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Loading...

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, pihaknya sedang berusaha untuk memastikan tiada seorang pun murid yang ketinggalan.

"Aspirasi Murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiram memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional perlu ada dalam setiap murid," katanya.

Menurutnya, tumpuan juga turut diberikan kepada kumpulan khusus seperti Orang Asli dan Pribumi, murid berisiko serta berkeperluan khas (OKU).

"Saya berbangga untuk menyatakan bahawa kementerian berjaya mencapai sasarannya untuk memastikan lebih 30 peratus murid bekeperluan khas berada dalam Program Pendidikan Inklusif pada tahun lepas," katanya.

Beliau berkata, usaha untuk mempertingkatkan penglibatan mereka akan diperhebatkan dari semasa.

"Saya memberi jaminan bahawa kementerian berusaha keras untuk memastikan kesaksamaan sebenar dalam pendidikan dapat dicapai,"katanya dalam ucapan sempena pelancaran Laporan Tahunan 2017 PPPM, di sini hari ini.


Maszlee berkata, Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (Padu) merupakan badan penting untuk memacu transformasi pendidikan.

"Kita menghargai dan menyakini bahawa Padu dapat membantu kementerian untuk terus melangkah. Padu akan dikekalkan. Tahniah!" katanya.

No comments