Header Ads

Tiga restoran nasi kandar diarah tutup


GEORGE TOWN: Tiga restoran nasi kandar di Little India di sini diarahkan ditutup selama dua minggu kerana gagal mematuhi piawaian kebersihan dan kesihatan.

Arahan terhadap ketiga-tiga restoran itu di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 semasa pemeriksaan dijalankan, yang diketuai oleh Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Dr Wan Mansor Hamzah pada Khamis.

Loading...

Kesemua restoran terbabit diarahkan ditutup serta-merta selepas ditemui tahi tikus dan lipas ditemui di premis mereka, selain peti sejuk yang kotor.

Manakala, di sebuah restoran didapati himpunan pinggan-pinggan kotor dijumpai dikumpulkan berdekatan dengan kawasan sampah.

Dr Mansor berkata, sekiranya kesemua restoran terbabit berjaya membuktikan premis mereka bersih dalam tempoh dua minggu, maka kebenaran akan diberikan untuk menyambung semula operasi.


Bagaimanapun katanya, arahan penutupan boleh dilanjutkan dengan tambahan dua minggu lagi sekiranya mereka gagal memenuhi syarat itu.

No comments

Loading...