Header Ads

Tidak Sekat Ceramah Kazim, AJK Masjid Di Perak Lantikan BN


KUALA LUMPUR – Tiada larangan ceramah terhadap mana-mana tokoh agama termasuk pendakwah Mohd Kazim Elias di surau atau masjid di Perak.

“Kerajaan negeri tidak mengeluarkan arahan terbaharu bagi menghalang mana-mana tokoh agama berceramah di masjid dan surau negeri ini,” kata exco agama dan pendidikan Islam negeri.


Loading...

“Sekiranya ada tokoh atau penceramah yang tidak menerima jemputan lagi berbanding sebelum ini, mungkin pengurusan masjid dan surau ada jawapannya,” kata Asmuni Awi seperti dilapor Kosmo!.

Pengerusi Parti Amanah Negara Perak itu berkata ahli jawatankuasa surau dan masjid yang dilantik Barisan Nasional juga masih berfungsi.

Beliau menjawab dakwaan Kazim bahawa ada usaha menghalangnya dari berceramah berikutan dia tidak lagi menerima jemputan.

Mendengar desas-desus Pusat Pendidikan al-Barakah milik Kazim bakal dijual, Asmuni percaya faktor cenderung menyokong BN punca kurang jemputan.

“Saya juga tidak tahu mengenai operasi pusat tersebut. Terpulang kepada mereka sekiranya memerlukan bantuan daripada kerajaan negeri,” katanya.

Kompleks Darul Barakah yang diasaskan Kazim diiklan dalam mudah.my sejak 7 Julai lalu pada harga RM5 juta.

No comments

Loading...