Header Ads

Teruskan legasi keprihatinan Mat Shuhaimi: Nurul Izzah


SHAH ALAM – Pengundi di Dun Sungai Kandis diminta menyokong calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu, 4 Ogos ini, bagi memastikan agenda dan program yang dirancang oleh kerajaan negeri Selangor bagi penduduk setempat dapat dilaksanakan.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata legasi keprihatinan bekas wakil rakyat dari PKR, Allahyarham Mat Shuhaimi Shafiei dalam membela nasib masyarakat setempat di situ perlu diteruskan.

Loading...

“Keperibadian arwah (Mat Shuhaimi) sebagai seorang pemimpin yang disenangi harus diingati,” katanya kepada pemberita selepas menjadi anggota panel Dialog Pemimpin Bersama Belia anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Seksyen 34, di sini malam tadi.

Turut hadir calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang bakal menentang calon BN, Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas, K. Murthy dalam pertandingan tiga penjuru pada PRK itu.

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandang kerusi berkenaan, Mat Shuhaimi akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.


Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Mat Shuhaimi mempertahankan kerusi Dun Sungai Kandis (dahulu Sri Muda) untuk penggal ketiga berturut-turut dengan memperoleh majoriti undi 12,480, menewaskan calon BN, Pas dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). - Bernama

No comments


Loading...