Header Ads

Tender RM300 Juta: Seorang Lagi Ditahan


PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam telah menahan seorang lagi individu bagi membantu siasatan berhubung pemberian beberapa tender projek pembinaan di Putrajaya membabitkan RM300 juta.

Menurut sumber, lelaki yang berusia 42 tahun itu ditahan jam 1.30 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.


Loading...

Berdasarkan laporan awal, lelaki tersebut yang pernah bertugas sebagai arkitek di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dipercayai bertindak sebagai orang tengah bagi memanipulasi beberapa kos proses projek pembinaan.

Tambah sumber lagi, projek yang dianugerahkan kontraktor menerusi proses tender disabotaj menyebabkan ia gagal dilaksanakan sebelum diberikan kepada kontraktor pengganti yang dipercayai mempunyai kepentingan dengan arkitek terbabit, dan dikatakan dirancang lebih awal.

Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Ruslan Che Amad ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.



Beliau berkata lelaki tersebut akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini bagi mendapatkan perintah reman.

- Sinar Harian

No comments

Loading...