Header Ads

Taska di agensi, jabatan kerajaan tahun depan

TASKA Permata MITI di Menara MITI. FOTO Nurul Shafina Jemenon

MENJELANG Januari tahun depan, semua agensi dan jabatan kerajaan perlu mewujudkan Taska di tempat kerja awam masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keutamaan diberikan kepada agensi kerajaan yang membabitkan kerja secara syif.

Loading...

Katanya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga ingin bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan supaya taska dapat

diwujudkan di sekolah untuk kemudahan guru yang berkhidmat di sekolah berkenaan.

"Bagi sektor awam, subsidi yuran pengasuhan Taska di tempat kerja

sebanyak RM180 sebulan bagi seorang anak kepada pegawai perkhidmatan awam yang pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan disediakan berdasarkan Surat Pekeliling PerkhidmatanBilangan 38 Tahun 2013.

"Bagi sektor swasta pula, insentif pelepasan cukai boleh dituntut dari Kerajaan mengikut pekeliling Jabatan Hasil Dalam Negeri bertarikh15 Februari 1996 yang mana pengecualian cukai 10 peratus selama

10 tahun bagi ubah suai dan penyenggaraan bangunan bagi penyediaanTaska, " katanya menjawab soalan Siri Zailah Mohd Yusoff (PAS Rantau Panjang) di Dewan Rakyat.

Siti Zailah mahu mengetahui mengenai langkah mengawal selia pusat asuhan kanak-kanak termasuk di rumah persendirian supaya tragedi penderaan tidak berulang.

Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, selain itu kementerian menganjurkan Bengkel Pindaan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak


[Akta 308] pada 11 Julai 2018 bagi memantapkan

kawal selia TASKA di seluruh Malaysia.

Katanya, bagi memastikan tahap penyampaian perkhidmatan taman asuhan yang dikendalikan oleh pengusaha berada di tahap keselamatan yang tinggi,

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengumpul notifikasi pengasuh di rumah bagi individu yang mengasuh kanak-kanak kurang daripada empat (4) orang yang

berusia empat (4) tahun ke bawah.

Selain itu, katanya JKM membimbing pengasuh dan memberi maklumat tentang KursusAsuhan PERMATA dan program, seminar dan taklimat berkaitan

pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak melalui 42 buah agensi latihan yang telah diiktiraf oleh JKM.

" Usaha ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengasuhdalam bidang berkenaan.

"Mengadakan pelbagai program untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dan ibu bapa tentang kepentingan dan kelebihan menghantar anak ke Taska yang berdaftar dengan JKM.

"Contohnya Program Jom Daftar dan membuka kaunter maklumat pameran dalam program-program yang dianjurkan oleh Jabatan dan agensi kerajaan yang lain" katanya.

Mengulas lanjut, Wan Azizah berkata, bagi memastikan isu ini dapat ditangani dengan lebih menyeluruh, satu Jawatankuasa Khas diwujudkan bagi membolehkan satu piawaian kompetensi untuk diguna pakai olehpengasuh kanak-kanak yang merangkumi aspek keselamatan, latihan dan kemahiran asas yang diperlukan oleh seorang pengasuh.

Jawatankuasa itu juga katanya bagi mengawal selia keperluan untuk mewajibkan pengasuh kanak-kanak mendaftar dengan JKM.

Beliau berkata, jawatankuasa itu juga bekerjasama dengan agensi perundangan untuk memastikan dan memperkukuhkan bukti pendakwaan bagi prosiding

mahkamah yang membabitkan kes kesalahan pengasuhkanak-kanak.

"Dalam masa yang sama jawatankuasa itu mengkaji kos yang terbabit dalam pengurusan pengasuhankanak-kanak," katanya.

No comments


Loading...