Header Ads

Tak 'gentleman' lah Najib - Mat Sabu


KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu 'mencabar' bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk lebih 'gentleman' mengkritik beliau di dalam Dewan Rakyat.

Mohamad berkata, masih belum tiba masanya Najib menilai kepimpinannya dalam Kementerian Pertahanan yang baru masuk dua bulan.

Loading...

"Tak gentleman lah, marilah komen dalam ni (Dewan Rakyat).

"Komen di luar saya tak mahu jawablah, saya nak jawab komen dalam Parlimen. Kalau komen di luar, itu orang kata tumbuk di bawah pusatlah," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, Selasa.

Sebelum ini, Najib mempertikaikan kemampuan Mat Sabu menjadi Menteri Pertahanan kerana Presiden Amanah itu lebih seperti bahan lawak dalam laporan media baru-baru ini sejak dilantik ke jawatan itu.

Najib yang pernah menjadi Menteri Pertahanan selama 14 tahun memberitahu hadirin dalam sebuah program kempen BN di Sungai Kandis baru-baru ini yang Mat Sabu, bukan seseorang yang kelihatan begitu yakin ketika mewakili Malaysia ke luar negara.

Bagaimanapun, Mat Sabu tidak sedikit pun melatah dengan kritikan Ahli Parlimen Pekan itu.

Beliau sebaliknya berkata, fokusnya kini tertumpu kepada Kementerian Pertahanan.


"Terlalu awal untuk saya komen, baru dua bulan, jadi nak nilai seseorang yang baru dua bulan bertugas itu, belum tiba masanya.

"Tumpuan saya kepada Kementerian Pertahanan, waktu saya habis masa saya di situ. Soal menilai tunggu dan lihat," katanya. - Sinar Harian

No comments