Header Ads

Tabung #freenajib cecah RM720,000

Mohd Razlan (tengah) ketika ditemui pemberita di kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, sebentar tadi.

KUALA LUMPUR - Tabung #freenajib yang dilancarkan Sekretariat Solidariti Najib Razak bagi membayar baki wang jaminan Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencecah RM720,000.

Ketua Sekretariat Solidariti Najib Razak, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, wakil Najib telah berada di mahkamah untuk menyelesaikan proses jaminan.

Menurutnya, wang untuk membayar jaminan telah cukup.

Loading...

"Kutipan dalam akaun bank berjumlah RM402,000 dan yang ada pada kita secara tunai pula berjumlah RM88,000 sekaligus nilai keseluruhannya RM490,000.

"Selain itu, wanita Umno turut menyerahkan RM230,000 lagi bagi membantu mencukupkan bantuan jaminan Najib," katanya kepada pemberita di Jalan Langgak Duta, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Razlan yang juga merupakan Naib Ketua Umno Bahagian Seputeh mengucapkan terima kasih kepada bekas Ketua Pemuda Umno 2013/2018 dan Ketua Pemuda Bahagian yang baru kerana memulakan inisiatif ini.

Katanya, beliau bersyukur kerana dapat membantu dari segi kewangan selain sokongan moral.

"Inilah inisiatif di bawah Kelab Belia Berkhidmat selain peringkat bahagian yang memberikan sumbangan," katanya.


Khamis lalu, Tabung #freenajib dilancarkan bagi mengumpulkan dana sebanyak RM500,000 bagi membayar baki wang ikat jamin dikenakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap mantan Perdana Menteri itu.

No comments

Loading...