Header Ads

Syed Saddiq Dilantik Sebagai Menteri Belia Dan Sukan

Menteri Belia Dan Sukan yang baru Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Foto: NST

Hari ini telah berlangsungnya Majlis Istiadat Angkat Sumpah bagi jawatan menteri dan timbalan menteri di Malaysia. Perlantikan yang dibuat pada pagi ini juga sekaligus telah melengkapkan senarai jemaah menteri bagi menerujui Malaysia dibawah pimpinan kerajaan yang baharu.


Loading...

Antara yang menarik perhatian ramai sudah pastinya perlantikan Syed Saddiq yang popular dikalangan anak muda sebagai Menteri Belia dan Sukan. 

Memetik portal the Vocket, perlantikan beliau turut sokongan daripada mantan Menteri Belia dan Sukan iaitu Khairy Jamaluddin.


Lebih hebat, beliau bukan sahaja berjaya dilantik menjadi menteri, malah perlantikan beliau pada umur 25 tahun ini berjaya meletakkan beliau sebagai menteri termuda di dalam sejarah Malaysia.



Tahniah diucapkan buat Syed Saddiq diatas perlantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baru. Diharap dengan perlantikan ini prestasi sukan negara termasuk industri e-sukan akan semakin meningkat serta mendapat berjaya mendapat perhatian dunia.

No comments

Loading...