Header Ads

SST: Peniaga Jangan Cuba Naikan Harga


KUALA LUMPUR – Tindakan akan diambil terhadap peniaga ingkar yang didapati menaikkan harga susulan pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada September.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata; “kita serahkan aspek itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menjalankan penguatkuasaan dan tindakan yang sesuai terhadap sikap tidak wajar dan anti-nasional ini”.


Loading...

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis makan tengah hari Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di sini, hari ini.

Selain itu, Lim berkata, cukai korporat tidak dapat dikurangkan pada tempoh terdekat, sedangkan hutang negara kekal tinggi.

“Pada pandangan peribadi saya, kita perlu mengurangkan cukai supaya dapat menjadikan Malaysia lebih menarik. Lihat negara lain, mereka juga menuju ke arah aliran ini. Perkara ini (mengurangkan cukai) tidak mungkin dijalankan dalam tempoh terdekat disebabkan skandal 1MDB. Kita perlu memulihkan dahulu kewangan negara,” katanya.

Semalam semasa sesi Waktu Pertanyaan Menteri di persidangan Dewan Rakyat, Lim membuat kenyataan bahawa SST hanya akan merangkumi 38 peratus daripada kumpulan barangan Indeks Harga Pengguna (IHP) berbanding 60 peratus mengikut Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Beliau berkata, dengan melaksanakan SST yang telah ditambah baik kerajaan dapat ‘mengembalikan’ jumlah kutipan cukai kira-kira RM23 bilion kepada rakyat sekali gus mengurangkan beban kewangan khususnya mereka yang terkesan ekoran kos sara hidup tinggi.

- Bernama

No comments