Header Ads

SST Pasti Harga Barang Akan Naik, Rakyat Menyesal Undi Pakatan Harapan, Kata Ahmad Maslan

Ahmad Maslan tetap mempertahankan cukai GST yang digantikan dengan cukai SST oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Ahli Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan menganggap rakyat menyesal mengundi Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Ahmad Maslan mendakwa ini kerana kerajaan akan melaksanakan cukai kepenggunaan sebanyak 6 peratus dan 10 peratus dalam Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berbanding Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Loading...


Ahmad Maslan berkata, Menteri Kewangan Lim Guan Eng sendiri mengakui sistem GST merupakan sistem percukaian terbaik ketika menjawab soalan tambah di Dewan Rakyat.

“Langkah memperkenalkan semula SST adalah langkah ke belakang, saya kita rakyat menyesal pangkah HARAPAN.

“Harga barang terbukti turun kerana GST 6% menggantikan SST 10% tetapi jika GST kosong diganti dengan SST 10% itu pastilah harga barang akan naik,” katanya semasa di wawancara KiniTV.


No comments