Header Ads

SPRM Sahkan Ahmad Zahid Beri Keterangan Dua Kes Esok


PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan ada menghubungi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk hadir ke Ibu Pejabat SPRM esok.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata bekas Timbalan Perdana Menteri itu dikehendaki hadir bagi membantu siasatan membabitkan dua kes berasingan pada pukul 10 pagi.

Loading...

"Ahmad Zahid telah dihubungi SPRM pada 27 Jun lalu meminta beliau hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada pukul 10 pagi esok untuk dirakam percakapannya mengikut Akta SPRM 2009," katanya dalam satu kenyataan hari ini

Terdahulu, Ahmad Zahid menjelaskan beliau akan hadir ke Ibu Pejabat SPRM esok bagi kes siasatan berhubung dana dalam yayasan milik keluarga beliau.

Beliau juga berkata, UMNO menyerahkan kepada SPRM menyiasat dakwaan parti itu menerima dana daripada 1MDB selain percaya SPRM akan menjalankan siasatan secara telus berhubung perkara tersebut. - Bernama

No comments

Loading...