Header Ads

SPRM: Kita Tak Kira Bulu, Kes 'Cincin' Pun Kita Siasat


Apabila SPRM menyelesaikan sesuatu siasatan, ia akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara yang akan menentukan jika terdapat alasan mencukupi bagi tindakan selanjutnya.

Berdasarkan peruntukan ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil mempertahankan badan itu pada suatu majlis forum di Putrajaya hari ini.

Ini selepas hadirin bertanyakan mengenai kebebasan SPRM dalam kes-kes melibatkan ahli politik dan indvidu berprofil tinggi.

Memetik laporan Malaysiakini, Shamsun mendedahkan SPRM juga menyiasat kes 'cincin' tetapi enggan menjelaskan butiran terperinci ketika ditemui kemudian.

Loading...


"Dari segi siasatan kita tak kira bulu. Kita akan siasat semua. Sebab dalam kes cincin itu pun kita siasat.

"Cuma keputusan sama ada nak dakwa atau tidak itu terserah kepada Peguam Negara (AG)," kata beliau lagi.

'Bukan beli, tapi tontonan peribadi'

"Sebenarnya isu dia adalah isu pendakwaan, kalau siasatan lama dah (kita) siasatnya.

"Bukan tak ada ahli politik lain yang disiasat, cuma bila kita nak dakwa atau tidak dakwa itu kira bukan bidang kuasa SPRM.

"Di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Akta SPRM 2009, hanya Peguam Negara (AG) sahaja yang ada kuasa untuk memulakan satu-satu kes pendakwaan.



Sama juga bawah akta juga, sebelum kita menuduh kita perlu dapat izin daripada Pendakwa Raya Awam (PP), yang mana PP dan AG merupakan orang yang sama dalam sistem keadilan jenayah kita," jelas beliau lagi.

Walaupun pegawai kanan SPRM itu enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai siasatan itu, ia mungkin berkaitan dengan tuduhan terhadap Rosmah Mansor, bekas isteri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang telah membeli cincin berlian bernilai RM24 juta menggunakan dana awam.

Rosmah berkata cincin itu hanya untuk tujuan tontonan peribadi sahaja.

Pada April 2013, pengarah perhiasan yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Jacob & Co, Philip Nassimi berkata cincin berlian bergelang kelas mewah 30.11 - karat berwarna biru itu hanya untuk tujuan tontonan peribadi oleh Maira Nazarbayev.

Nazarbayez ialah ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang merupakan suami kepada anak Rosmah, Nooryana Najwa.

"Cincin itu tidak dibeli oleh Rosmah atau pun Maira Nazarbayev," jelas Philip dilaporkan berkata demikian.

No comments