Header Ads

SPRM Keluarkan Waran Tangkap Dua Bekas Pegawai Eksekutif 1MDB


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan dua waran tangkap terhadap dua bekas pegawai eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut sumber, waran tangkap terbabit dikeluarkan terhadap mereka sejak tiga minggu lalu susulan tidak hadir ke pejabat SPRM bagi siasatan lanjut berhubung kes SRC International Sdn. Bhd.


Loading...

Ujarnya, kedua-dua individu tersebut iaitu Tang Keng Chee, 53, dan Loo Ai Swan, 45.

"SPRM dalam satu kenyataan pada 11 Jun lalu ada memaklumkan meminta mereka hadir ke SPRM bagi siasatan lanjut.

"Namun sehingga kini, mereka tidak hadir. Selain itu, kedua-dua mereka juga turut dikatakan pernah dicari Bank Negara dua tahun lalu bagi kes yang sama," jelasnya.

- Utusan Online

No comments